Majlis Rumah Terbuka RSDPT (AW) Lembah Kelang 2018

Pada 15 Syawal bersamaan 29h Jun yang lalu, Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (Askar Wataniah), RSDPT (AW) telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bertempat di 15 SSD, KLC Jalan Raja Chulan.

Seramai lebih kurang 130 jemputan yang terdiri dari anggota RSDPT (AW) sekitar Lembah Kelang, anggota-anggota Tetap, anggota-anggota yang telah pencen, pihak pengurusan TMKL dan kakitangan TM sekitar Jalan Raja Chulan telah hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya.

Majlis Rumah Terbuka tahun ini berkonsepkan “potluck” dan sumbangan wang tunai dari anggota RSDPT (AW).  Ini adalah sejajar dengan matlamat TM terkini iaitu meminimakan perbelanjaan dan tiada pembaziran.  Majlis dijayakan dengan sokongan dan kerjasama dari lebih kurang 33 orang ahli jawatankuasa yang terdiri dari anggota RSDPT (AW) sendiri.

Alhamdulillah, majlis ini telah berjaya berjalan lancar dan meriah walaupun dengan peruntukan yang minima.  Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung.  Semoga kerjasama begini akan dapat diteruskan pada masa hadapan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*