Majlis Iftar & Solat Terawih RSDPT (AW) Lembah Kelang 2018

Bertempat di pejabat 15SSD Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (AW), Jalan Raja Chulan, sebuah majlis iftar dan solat terawih telah dianjurkan oleh RSDPT (AW) Lembah Kelang pada hari Jumaat, 1hb Jun 2018 bersamaan 16 Ramadhan 1439H.  Majlis ini adalah kesinabungan dari majlis yang diadakan pada tahun-tahun sebelum ini untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Majlis ini telah disertai oleh lebih kurang 50 orang termasuk Pemangku Pegawai Memerintah RSDPT (AW), Kapt. Mohamad Ansahari Bin Abdul Kudus yang juga VP, NOC, Pegawai-pegawi Sukarela dan Tetap dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada Tetap dan juga Sukarela sekitar Lembah Klang.  Majlis turut diserikan dengan kehadiran Mantan Pegawai Memerintah RSDPT (AW), Mej Badrul Hisham bin Ahmad dan wakil pengurusan TMKL.   Majlis dimulakan dengan tahlil dan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh SSjn Hashim bin Hussein, pesara anggota RSDPT (AW) dan pesara kakitangan TM.

Semoga majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun dengan pengisian yang lebih baik serta dapat memperkukuhkan ukhuwah antara kita sesama Islam dan anggota RSDPT (AW).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*