RSDPT (AW) – Simulasi Mobilisasi Bencana 2018

Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (AW), RSDPT (AW) telah terlibat sepenuhnya dalam SIMULASI MOBILISASI BENCANA 2018 bermula 26 hingga 28 Oktober 2018 di seluruh negara.  Buat julung kalinya selain kolaborasi dengan TMNC3, simulasi ini mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak yang terlibat, antaranya pihak NOC, NMO, Facility Management, Security Management, TMFA, State Negeri Sembilan, State Terengganu, State Pulau Pinang, State Sabah, Group Procument, Group Business Assurance dan Group Brand Communication.

RSDPT (AW) telah menstrukturkan pusat operasi seperti berikut; PTNOC bertempat di CBJ, PTROC 15SSD bertempat di JRC bersama 4 lagi PTSOC di setiap negeri bencana.  Simulasi ini melibatkan 6x pegawai, 101x anggota lain-lain pangkat, 7x kenderaan 4WD, 1x kenderaan van, 1x kenderaan 3 ton ATM dan 1x bot KRISTAL.

Berikut adalah pecahan kekuatan anggota yang telah melapor mengikut penempatan dalam aktiviti simulasi kali ini;

  • 1x pegawai dan 13x anggota di PTNOC, Cyberjaya
  • 2x pegawai dan 23x anggota di PTROC 15 SSD, Jalan Raja Chulan, 4x anggota di PTDOC, Kelang Utara dan 9x anggota di PTSOC Negeri Sembilan bersama 6x anggota bantuan dari Lembah Klang
  • 1x pegawai dan 17x anggota di PTSOC Terengganu dan PTDOC Chukai
  • 1x pegawai dan 21x anggota dia PTSOC Pulau Pinang serta PTDOC Seberang Jaya dan Bayan Baru
  • 1x pegawai dan 8x anggota dia PTSOC Sabah

Simulasi ini telah dibahagikan kepada 4 senario bermula dengan bencana banjir di Chukai Kemaman.  TM Nod Chukai telah dinaiki air dan tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan darat.  Anggota yang melapor kepada pasukan 16 SSD telah berjaya membantu pihak PO menghantar diesel menggunakan bot ke TM Chukai dan telah membantu pihak NMO menyelamatkan kad NE di kabinet-kabinet yang belum ditenggelami banjir.  Pada masa yang sama, kita juga juga berjaya

Manakala bagi senario kedua adalah bencana banjir di Pulau Pinang, pasukan 17 SSD telah berjaya membantu pihak PO menghantar diesel ke TM Bukit Mertajam dan membantu pihak NMO menyelamatkan kad NE di kabinet-kabinet di sekitar Bukit Mertajam dan Bayan Baru.  Pihak RSDPT (AW) turut mendapat sokongan dan kerjasama dari pengurusan TM negeri Pulau Pinang.

Bagi senario ketiga, kesemua sistem pemancar penyiaran tidak berfungsi di Stesen Bukit Telapak Buruk, Negeri Sembilan kerana ketiadaan bekalan letrik. Ianya disebabkan oleh bekalan kuasa TNB terputus apabila berlaku tanah runtuh di laluan ke stesen bukit.  Manakala, kedua-dua generator juga tidak berfungsi.  Anggota yang melapor di TSOC Negeri Sembilan telah dibahagikan kepada beberapa pasukan kecil.  Pasukan Alpha telah ditugaskan untuk membersihkan laluan, manakala Pasukan Bravo menbawa anggota PO bersama diesel ke stesen bukit sebaik sahaja laluan boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Bagi memastikan sistem pemancar berfungsi seperti sediakala, peralatan penyiaran DRE dari TM Bukit Petaling, Kuala Lumpur perlu dibawa ke TM Seremban, Negeri Sembilan.  RSDPT (AW) telah mengatur keperluan pengangkutan dengan meminta bantuan daripada pihak ATM untuk menyediakan 1x 3ton.  Dengan bantuan daripada pasukan Tetap, pasukan berjaya mendapatkan kenderaan 3ton untuk membawa peralatan penyiaran DRE dan diiringi oleh Pasukan Charlie daripada PTROC 15 SSD yang telah ditugaskan bagi memastikan peralatan DRE sampai ke lokasi dengan selamatnya.  Seterusnya Pasukan Charlie bersama-sama menbantu pihak TINM memasang peralatan DRE dilokasi terbabit.

Senario seterusnya adalah di lokasi Pekan Ranau, Sabah dimana telah mengalami gempa bumi dan diistiharkan kawasan darurat.  Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut melainkan anggota tentera dan pasukan penyelamat. Oleh itu pasukan 18 SSD yang diaktifkan telah bertugas mengiringi anggota PO ke TM Ranau bagi menilai tahap kerosakan bangunan.

Selain itu juga, latihan ini telah berjaya menguji tahap kesediaan anggota untuk berhubung menggunakan komunikasi radio amatur, sebagai komunikasi alternatif sekiranya semua saluran komunikasi utama gagal berfungsi.  Komunikasi radio amatur telah dipakai sepenuhnya untuk perhubungan antara PTNOC di Cyberjaya dengan PTSOC Negeri Sembilan di TM Seremban dan juga antara PTSOC Negeri Sembilan dengan kawasan bencana dan sepanjang laluan ke Stesen Bukit Telapak Buruk.

Perhubungan PTNOC dengan PTSOC Terengganu bertempat di TM Hiliran juga menggunakan komunikasi radio amatur sebagai saluran komunikasi utama dengan bantuan pihak Radio Amatur Tempatan, Pemancar bagi memantau pergerakan anggota.

Komunikasi radio amatur antara PTSOC Terengganu dengan anggota di kawasan bencana di Chukai tidak berjaya disebabkan faktor muka bumi dan ketiadaan stesen penggulang yang boleh menghubungkan dua lokasi tersebut.  Pusat Komunikasi Radio Amatur PTNOC telah menerima sebanyak 55 berita dan 41 berita telah diluluskan untuk dihantar keluar sepanjang latihan ini.

Selain scenario di atas, pasukan 15 SSD mengambil kesempatan mempe;bagikan aktiviti di antaranya dengan menjalankan aktiviti sampingan seperti sukan futsal, menziarahi keluarga mendiang PW1 PW1 Lourdess S. Gabriel, memantau aktiviti korek tanah berhampiran infra TM di sekitar kawasan ibukota, riadah ke Bukit Nenas  dan lawatan ke chamber Jalan Raja Chulan.

Pihak RSDPT (AW) mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat amnya dan khususnya kepada semua anggota RSDPT (AW) yang telah mengambil bahagian.

Tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam SIMULASI MOBILISASI BENCANA 2018. Melalui latihan ini dapat dilihat tahap siapsiaga semua anggota daripada peringkat Hijau sehingga peringkat Merah.  Proses melapor senantiasa dikemaskini bagi memastikan setiap anggota faham dan sedar akan tanggungjawab sebenar sebagai anggota RSD Pakar Telekom (AW). Kejayaan simulasi ini telah memberi keyakinan kepada pihak pengurusan RSD PAKAR TELEKOM (AW) khususnya dan juga pihak Pengurusan TM secara amnya bahawa anggota PAKAR adalah terlatih dan sentiasa bersiapsiaga untuk ditugaskan membantu baik pulih dan menyelamatkan rangkaian operasi TM bila berlaku bencana.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*