56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW): Majlis Penghargaan Ketua Pegawai Semboyan, Rejimen Semboyan DiRaja

Pada 4hb Disember 2018, bertempat di Mega View Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur satu majlis minum petang telah dianjurkan oleh 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW) yang dahulu dikenali dengan Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (AW).  Majis penghargaan ini adalah bagi menghargai sumbangan Ketua Pegawai Semboyan, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun bin Hj Ridzuan yang akan bersara tidak lama lagi.

 

Majlis diserikan dengan kehadiran pihak pengurusan kanan TM, Dato Mohd Rais bin Azhar, Ketua Operasi Teknologi dan Informasi, En. Farid bin Basir, Ketua Pembangunan Modal Insan, Kapt (B) Ir. TS Azizi bin Abd Hadi, Ketua Pegawai Eksekutif TM One dan Presiden Radio Amatur TM (TMRAC), Kapt Mohd Ansahari bin Abdul Kudus Naib Presiden NOC yang juga Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW), mantan Pegawai Memerintah RSDPT (AW) Mejar (B) Badrul Hisham bin Ahmad yang juga Naib Presiden Support Business dan Datuk Rozlan bin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi, Menara Kuala Lumpur serta barisan pengurusan TM yang lain.

 

Manakala jemputan Pegawai Kanan RSD yang hadir  terdiri daripada Kol Ahmad Saifuddin bin Talha, Pengarah Pustekma, Kol Sufain bin Ahmad, Pengarah Sumber Manusia, MK TD, Kol Haji Abdul Kadir bin Hj Mohd Ali, Pengarah Semboyan MK PMBTD, Kol Ahmad Jais bin Tasliman, Pengarah Peperangan Informasi serta barisan pegawai dari Rejimen Semboyan DiRaja.

 

Dalam ucapan penghargaan Dato Mohd Rais bin Azhar yang mewakili pihak pengurusan kanan TM, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mejar Jeneral Dato’ Hadi atas sumbangan, perhatian dan pembangunan yang telah diberikan oleh beliau kepada kepada pasukan 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW) khasnya dan TM amnya.

 

Manakala semasa ucapan oleh Mejar Jeneral Dato’ Hadi, beliau sangat bersyukur dan berterima kasih dengan hubungan baik antara pihak ATM dan TM serta sumbangan TM yang menggalakkan anggota TM untuk menyertai anggota sukarela, Askar Wataniah.  Beliau juga menyatakan ucapan terima kasih kepada mantan Komander RSDPT (AW), Kolonel (K) Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa yang sangat menyokong dan mempelbagaikan kemahiran pasukan RSDPT (AW) supaya sedia diatur gerak semasa bencana.

 

Bagi menyempurnakan majlis, Dato Mohd Rais bin Azhar telah menyampaikan cenderahati dari pihak 56 RSPT (AW) kepada Mejar Jeneral Dato’ Hadi dan menerima momento cenderahati dari pihak Rejimen Semboyan DiRaja.

 

Majlis ini diakhiri dengan lawatan ke Pelantar Skydeck dan Skybox, Menara Kuala Lumpur.  Datuk Rozlan telah mengetuai lawatan dan memberikan taklimat ringkas mengenai tarikan dan fungsi Menara Kuala Lumpur kepada tetamu yang hadir.

 

Semoga Mejar Jeneral Dato’ Hadi akan terus aktif dan cemerlang selepas bersara dan hubungan silaturrahim yang terjalin ini akan terus berkekalan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*