Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela 56 RSPT (AW)

Tahniah diucapkan kepada 4 anggota TM yang merupakan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) pasukan 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (Askar Wataniah), RSPT (AW) yang telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Muda (Lt M) dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Askar Wataniah.

 

Keempat-empat anggota tersebut adalah Saravanan a/l Belusami (Pengurus Besar, Service Experience Management, TM ONE), Mohd Hazarudin Zulkilpully (Penolong Pengurus Besar, Customer Service Management, TM Unifi), Ariff Affendi bin Atan (Penolong Pengurus Besar, Customer Service Management, TM Unifi) dan Mohd Norafian bin A Rahman (Pengurus, Network Infrastructure Management Systems, NITA, IT & NT).

Majlis pemakaian pangkat telah diadakan bersempena dengan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke 61, bertempat di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN), Ipoh, Perak, pada 19 Julai 2019 serta disempurnakan oleh Asisten Panglima (AP) Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Tentera Darat (TD), Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin yang melibatkan 27 anggota dari pelbagai pasukan Askar Wataniah seluruh negara.

Dari kiri: LtM Ariff Affendi bin Atan, LtM Mohd Norafian bin A Rahman, AP PS Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin, LtM Saravanan a/l Belusami dan kanan sekali, LtM Mohd Hazarudin Zulkilpully

56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW) merupakan salah satu organisasi penting di dalam pasukan Askar Wataniah Tentera Darat. 56 RSPT (AW) telah ditubuhkan pada 1 April 1977 dan tujuan utama penubuhannya adalah untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi utama negara dapat diselenggara semasa darurat dan ketika negara menghadapi bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan dapat memberikan suntikan semangat kepada mereka untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada TM khasnya dan pasukan amnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*