Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Semboyan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM

Jumaat, 09 Ogos 2019 – Brig. Gen. Ahmad Saifuddin Bin Talha, Ketua Pengarah Semboyan (KPS), Markas Tentera Darat beserta delegasinya telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Berhad, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin.

Kunjungan hormat tersebut telah berlangsung di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Berhad.  Turut hadir bersama ialah Pemangku Pegawai Memerintah 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW), Kapt. Mohamad Ansahari Bin Abdul Kudus beserta Ajutan pasukan, Mejar Norehan Mohamed Noor.

Didalam sesi ini, kedua-dua pemimpin telah berkesempatan untuk membincangkan beberapa perkara utama yang melibatkan kepentingan 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW) dan juga Tentera Malaysia.

Perjumpaan hormat ini secara tidak langsung ingin memaklumkan kepada DNK keperluan beliau untuk menjawat jawatan Kolonel Kehormat bagi organisasi TM Berhad yang tidak diisi selepas mantan Ketua Pegawai Eksekutif TM Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

Sesi berakhir dengan pertukaran momento di antara Ketua Pengarah Semboyan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Berhad.

56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW) merupakan salah satu organisasi penting di dalam pasukan Askar Wataniah Tentera Darat.  56 RSPT (AW) telah ditubuhkan pada 1 April 1977 dan tujuan utama penubuhannya adalah untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi utama negara dapat diselenggara semasa darurat dan ketika negara menghadapi bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*