Majlis Pemakaian Pangkat Pemangku Pegawai Memerintah RSPT (AW)

Pada Jumaat, 13hb Disember 2019 yang lalu, bertempat di pejabat Markas 56 RSPT (AW), Kem Kementah, majlis pemakaian pangkat Pemangku Pegawai Memerintah 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW), Mejar Mohamad Ansahari bin Abdul Kudus telah disempurnakan oleh Pengerusi Kor Rejimen Semboyan DiRaja (RSD), Brigedier Jeneral Ahmad Saifuddin bin Talha dan Puan Tuan Ruzana binti Tuan Kecik, isteri Mejar Mohamad Ansahari.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ir. Ts. Azizi A Hadi, Ketua Pegawai Rangkaian yang secara tidak langsung menunjukkan sokongan beliau terhadap penglibatan Mejar Mohamad Ansahari di dalam pasukan.

Tahniah diucapkan dan semoga dengan kenaikan pangkat ini akan dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada TM khasnya dan pasukan amnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*