
56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (Askar Wataniah) [(56 RSPT (AW)] bersama-sama dengan unit Jenama & Komunikasi Kumpulan (GBC) telah menyampaikan sumbangan oleh GDRN (GLC Disaster Response Network) kepada beberapa hospital & pusat perubatan di sekitar Lembah Klang pada 29hb April 2020. Antara hospital dan pusat perubatan yang menerima sumbangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ialah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital UiTM Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Aktiviti ini diketuai oleh Mej. Norehan Mohamed Noor, dibantu oleh Kapt. Mohd Saiful Hazmi Abu Bakar dan disertai seramai 8 anggota yang terdiri dari 1 Pegawai, 5 PTT Kanan dan 2 LLP. Anggota yang terlibat telah berada di lokasi masing-masing seawal jam 9 pagi untuk menyelaraskan perjalanan aktiviti di antara wakil penerima sumbangan dengan tim Pharmaniaga yang mengendalikan penghantaran barangan sumbangan tersebut. Anggota 56 RSPT (AW) juga membantu memunggah kotak berisi sumbangan tersebut dan membawanya ke tempat penyimpanan yang telah disediakan.
Aktiviti berjalan dengan lancar dan semua sumbangan telah berjaya disampaikan kepada wakil-wakil hospital dan pusat perubatan terbabit. Keseluruhan aktiviti selesai menjelang jam 12 tengahari. Diharapkan aktiviti sebegini ini akan dapat membina hubungan yang lebih baik di antara pasukan 56 RSPT (AW), GBC & GDRN. Semoga kerjasama seperti ini dapat dijalankan lagi di masa hadapan.
Berikut adalah senarai anggota yang terlibat dengan aktiviti ini;
Bil | No. Tentera | Pangkat | Nama | Lokasi |
1 | 7542555 | Lt M | Ariff Affendi Bin Atan | Pusat Perubatan UM |
2 | 6280933 | Pbt | Siti Nur Farah Diba binti Abu Bakar | |
3 | 6122977 | SSjn | Raja Mohd Azmi Noor bin Raja Chik Azman | Hospital Kuala Lumpur |
4 | 6228217 | Sjn | Suraya binti Yaacob | |
5 | 6207959 | SSjn | Abbashiah Hayati binti Rosli | Hospital UiTM Sg Buloh |
6 | 6241281 | Sjn | Rohana binti Jusoh | |
7 | 6213589 | SSjn | Muhamad Lukman Adam bin Salim | Hospital Selayang |
8 | 6266655 | Pbt | Mohd Afdzal bin Kamal |
Pasukan mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota yang telah berani untuk bersama-sama menjayakan aktiviti ini atas nama pasukan khasnya dan TM amnya.
Gambar atas, kanan: Pusat Perbatan UM & Hospital UiTM Sg. Buloh. Gambar bawah, kanan: Hospital Selayang & Hospital Kuala Lumpur.
Leave a Reply