Webinar Pengulang Radio Amatur

56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW) [56 RSPT (AW)] dengan kerjasama TMRAC (Kelab Radio Amatur TM) telah menganjurkan Webinar Pengulang Radio Amatur pada 20hb Mei 2020.  Webinar adalah singkatan dari web seminar iaitu seminar yang dilakukan melalui situs web atau aplikasi berbasis internet.  Penganjuran webinar ini terbuka kepada pemegang callsign di Malaysia khasnya anggota 56 RSPT (AW) dan TMRAC.  Seramai lebih 80 orang penggiat radio amatur dari seluruh negara telah menyertai seminar maya tersebut yang berjalan selama 2 jam mulai jam 8.30pagi hingga 10.30 pagi.  Webinar tersebut telah menggunakan platform Microsoft Team sebagai medium komunikasi.

 

Penceramah jemputan yang tidak asing lagi dikalangan penggiat radio amatur di Malaysia merupakan salah seorang Council Member daripada MARTS (Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society) dan juga pemilik callsign 9M2AGC iaitu Ts. Ir. Dr. Ahmad Azlan Bin Ab Aziz.   Para peserta telah didedahkan dengan operasi dan alat radas berkaitan pengulang radio amatur.  Rata-rata peserta sangat setuju dan selesa dengan penganjuran webinar ini bersesuian dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan norma baru di Malaysia.

 

 

Di akhir sesi webinar tersebut, satu sesi kuiz atas talian telah dianjurkan dan pemenang telah diberikan cenderahati berupa “duit raya” sebanyak RM80 bagi tempat pertama, RM50 bagi tempat ke-2 dan RM30 bagi tempat ke-3.

Semoga webninar ini dapat dianjurkan lagi di masa hadapan dan dapat memberikan manfaat kepada anggota 56 RSPT (AW) khususnya dan para pengiat radio amatur amnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*