Majlis Pemakaian Pangkat Lt Kol Ir Azizi A Hadi

Rabu, 17hb Jun 2020 bertempat di Jabatan Arah Semboyan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah diadakan majlis pemakaian pangkat Leftenan Kolonel Ir Azizi bin A Hadi yang telah ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.  Majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brigedier Jeneral Hj Zakaria bin Hj Abu dan Kol Zahar bin Ariffin, Pengarah Sumber Manusia.

 

Turut hadir menyerikan majlis ialah Pemangku Pegawai Memerintah 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW), Mejar Mohamad Ansahari bin Abdul Kudus, merangkap Naib Presiden Pusat Operasi Rangkaian TM, En. Mohamed Faisal bin Naina Mohamed, Ketua Jualan Sektor Kerajaan TM ONE serta barisan Pegawai-pegawai Kanan dari Rejimen Semboyan Diraja (RSD).

 

Diharapkan dengan perlantikan Leftenan Kolonel Ir Azizi bin A Hadi dalam 56 RSPT (AW) akan memberikan nafas baru dalam pasukan dan menaikkan imej serta menyemarakkan semangat siapsiaga anggota dalam memastikan keselamatan infrastruktur TM di masa kecemasan dan darurat.

 

Tahniah diucapkan kepada Leftenan Kolonel Ir Azizi dan semoga dengan perlantikan ini akan memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada TM khasnya dan pasukan amnya.  Pantas Pasti.

Gambar : Dari kiri Brig. Jen Hj Zakaria bin Hj Abu, Lt Kol Ir Azizi A Hadi dan Kol Zahar bin Ariffin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*