Penyampaian Sumbangan Kepada Sigw Mazwani binti Yusoff

Kutipan sumbangan yang telah diterima dari anggota 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW) berjumlah RM3400 melalui Tabung Bantuan Kecemasan yang dilancarkan pada 2hb Jun 2020, telah disampaikan oleh Mej Mohamad Ansahari bin Abdul Kudus di pejabat beliau kepada SigW Mazwani binti Yusoff semalam, 24hb Jun 2020.   Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat membantu meringankan musibah yang telah berlaku.  Untuk pengetahuan semua, kakak Mazwani masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Kota Bharu. Salam takziah.

Terima kasih diucapkan kepada semua pemberi sumbangan. Pantas Pasti.

2 Comments

  1. As salam..saya ingin bertanya, adakah di tahun 2021 ada membuka pengambilan baru anggota Untuk staf TM..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*