SEMINAR KESELAMATAN NEGARA ANJURAN 56 REJIMEN SEMBOYAN PAKAR TELEKOM (AW)

Pasukan 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (Askar Wataniah), RSPT (AW) telah menganjurkan Seminar Keselamatan Negara pada 12hb April 2021 bertempat di Dewan Kristal, TM Convention Centre secara fizikal dan atas talian melalui platform Microsoft Teams Live ke seluruh negara.

Seminar yang disampaikan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini adalah sebagai persiapan untuk mengadakan Latihan Mobilisasi Bersama tahun 2021 yang melibatkan pasukan 56 RSPT (AW), Pusat Operasi Rangkaian Kebangsaan (NNOC) dan Keselamatan Maklumat Kumpulan (GIS).  Objektif seminar bertujuan mendedahkan anggota 56 RSPT (AW) dan TM perihal ARAHAN 21 – Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam dan ARAHAN 24 – Dasar dan Mekanisma Pengurusan Krisis Siber.

Barisan tetamu, pihak pengurusan TM & MKN serta sekretariat seminar.

Antara jemputan TM yang hadir ke program ini adalah Tn. Hj. Mohamad bin Mohamad Zain, Ketua Pegawai Risiko Kumpulan TM, Tn. Hj. Mohd Roslan bin Mohd Rashidi, Naib Presiden TM One, Mej Mohamad Ansahari bin Abdul Kudus, Ketua National Roll Out & Operation yang juga merupakan Pegawai Turus Tek 1 56 RSPT (AW), Ir Jayaprakash a/l Jayaraman, Ketua Pusat Operasi Rangkaian Kebangsaan.  Pihak MKN diwakili oleh Tuan Hamzah Ishak, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Ir. Md Shah Nuri Md Zain, Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Puan Azizah Mohamed Said, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN WP Kuala Lumpur, pegawai-pegawai dan anggota 56 RSPT (AW) serta kakitangan TM daripada NNOC dan GIS.

Pasukan berterima kasih kepada pihak GITD dan TMCC yang telah bekerjasama menganjurkan seminar yang disiarkan secara langsung dari Dewan Kristal, TMCC.  Semoga dengan perkongsian dari pihak MKN ini akan memberikan manfaat kepada semua anggota 56 RSPT (AW) sentiasa siap siaga untuk pasukan khasnya & TM amnya.  Pantas Pasti.

Speaker 1: Tuan Hamzah Ishak  ,  Barisan pihak pengurusan TM dan MKN yang hadir menyerikan majlis.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*