Majlis Penghargaan Eksesais Bamboo 56 RSPT (AW)

Komander 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (Askar Wataniah), RSPT (AW), Kol (K) Imri bin Mokhtar telah menyempurnakan Majlis Penghargaan Eks Bamboo pada 23hb November 2021 bertempat di Dewan Kristal 1, TM Convention Centre (TMCC).  Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW), Lt Kol Ir. Azizi bin A Hadi, Penolong Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW), Lt Kol. Faizal Hamdy bin Hj Hussin, Ketua Pegawai Modal Insan (CHCO), Pn. Sarinah binti Abu Bakar, Ketua Pegawai Rangkaian (CNO), En. Mohamed Tajul bin Mohamed Sultan, pegawai-pegawai Tetap dan Sukarela serta anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada 56 RSPT (AW).

 

Eksesais Bamboo dilaksanakan bertujuan meringankan beban anggota TM yang dilanda ujian Covid-19, seramai 50 pegawai dan anggota LLP 56 RSPT (AW) dari sekitar Lembah Klang, Perak dan Melaka telah diaturgerakkan bagi membantu urusan penghantaran pulang anggota TM dan ahli keluarga mereka yang telah disahkan sembuh dari hospital bermula pada 21hb Oktober hingga 4hb November 2020.  Pejabat 561 RSPT (AW) di TM JRC Annexe, Kuala Lumpur dijadikan bilik gerakan. .Dengan kekuatan seramai 6 hingga 14 anggota pada sesuatu masa, penggiliran tugas telah dijadualkan sepanjang tempoh 15 hari mengikut prosidur keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan.

Syabas dan tahniah kepada anggota yang terlibat. Pasukan amat menghargai usaha dan bakti yang telah dicurahkan oleh anggota 56 RSPT (AW) di dalam Eksesais Bamboo ini dan berharap supaya lebih ramai anggota TM dapat menyertai 56 RSPT (AW) untuk meneruskan kejayaan aktiviti-aktiviti di masa hadapan. Pantas Pasti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*