PERBARISAN PEMAKAIAN PINGAT KEBAKTIAN KEPADA ANGGOTA 56 REJIMEN SEMBOYAN PAKAR TELEKOM (AW)

Perbarisan Pemakaian Pingat Kebaktian kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) pasukan 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (Askar Wataniah), RSPT (AW) telah disempurnakan oleh Lt Kol Ir. Azizi bin A Hadi, Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW) pada 23hb November 2021 bertempat di Dataran TM Convention Centre.   Perbarisan yang diketuai oleh Kapt Zulkifli bin Mohammad tersebut terdiri daripada 6 pegawai dan 14 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang menerima pingat.

Penganugerahan Pingat Kebaktian adalah sebagai tanda penghargaan pasukan kepada pegawai dan anggota 56 RSPT (AW) yang telah menyertai melebihi 12 tahun perkhidmatan dalam pasukan serta mencurahkan usaha dan bakti khususnya kepada pasukan dan secara amnya, kepada TM dan negara.

Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota LLP 56 RSPT (AW) yang dianugerahkan Pingat Kebaktian pada kali ini. Semoga penganugerahan ini akan membakar semangat anggota-anggota lain dan juga sebagai pemangkin kepada anggota TM yang lain untuk menyertai 56 RSPT (AW). Pantas Pasti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*