LATIHAN KEM TAHUNAN SIRI 1/2022 56 REJIMEN SEMBOYAN PAKAR TELEKOM (ASKAR WATNIAH)

Pada tanggal 15 sehingga 29 Mei 2022 bertempat di Kolej Latihan Telekom (Utara), Taiping telah pun berlangsung Latihan Kem Tahunan (LKT) Siri 1/2022 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom Askar Wataniah (AW). Latihan kem tahunan ini berjaya dilaksanakan setelah dua tahun ditunda disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

 

LKT Siri 1/2022 telah dirasmikan oleh Pegawai Memeirntah 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (RSPT) Leftenan Kolonel Ir. Ts. Azizi bin A Hadi. LKT tahun ini menyaksikan penyertaan seramai 109 anggota terdiri daripada 12 pegawai dan 97 anggota Lain Lain Pangkat (LLP) daripada seluruh negara.

 

Di dalam sesi perasmian yang berlangsung pada 17 Mei 2022, Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW), Lt. Kol. Ir. Ts. Azizi Hadi telah menekankan betapa pentingnya peranan pasukan di dalam menjaga dan menyelenggara asset-aset telekomunikasi negara dan Telekom Malaysia khususnya jika terjadi situasi darurat ataupun bencana yang memerlukan kepakaran daripada pasukan 56 RSPT yang terlatih.

 

Dalam majlis yang sama, turut diadakan majlis pemakaian pingat kepada 13 anggota dan pemakaian pangkat kepada 18 anggota yang turut disempurnakan oleh Pegawai Memerintah.

 

Latihan tahunan kali juga menyaksikan penambahbaikan dari segi latihan yang dilakukan selama dua minggu.  Pada minggu pertama telah didedahkan latihan regimental, latihan kawad kaki, ujian jalan laju, kelas teori dan praktikal ilmu medan perang dan latihan menembak.  Latihan ini telah dijalankan dan seliaan oleh pegawai dan anggota tetap.

Minggu kedua melihatkan pendedahan yang khusus diberikan berkenaan TM NC3, NNOC, NOCC, Keselamatan Siber, Stesen Kabel Dasar Laut dan juga praktikal mobilisasi bagi mempersiap siagakan anggota 56 RSPT (AW) apabila digerakkan.  Didalam latihan mobilisasi ini, anggota diberikan beberapa senario seperti bencana ataupun darurat yang menyebabkan sistem telekomunikasi terganggu dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil daripada masa digerakkan sehinggalah pembaikpulihan sepenuhnya dilakukan.

 

Pada tanggal 27 Mei 2022, bersempena bulan mulia Syawal, telah pun diadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Rumpun Seri Kolej Latihan Telekom (Utara), Taiping, Perak yang telah dihadiri oleh tetamu jemputan terdiri daripada Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW) Lt. Kol. Ir. Ts. Azizi Hadi, Penolong Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW) Lt. Kol. Faizal Hamdy bin Hj. Hussin, Tn. Haji Sallehuddin bin Khalif – Head Network Northern Region, Tn. Haji Badrul Hisham bin Bahari – Head Regulatory & Engagement Perak, Tn. Haji Mohd Shukri Bongsu – Head Network Operations Northern serta jemputan dari tentera yang mewakili pasukan bantuan sepanjang LKT.  Majlis turut meraikan persaraan anggota sukarela dan tetap yang telah bersara dan akan bersara dari pasukan setelah menamatkan perhidmatan bersama 56 RSPT (AW). 

LKT diakhiri dengan majlis penutup Latihan Kem Tahunan (LKT) Siri 1/2022 pada tanggal 28 Mei 2022 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW) Lt. Kol. Ir. Ts. Azizi A Hadi selepas dua minggu latihan berlangsung.  Beliau sekali lagi telah menekankan betapa pentingnya pasukan 56 RSPT (AW) kepada negara dan Telekom Malaysia.  Beliau juga berkongsi perancangan mobilisasi Telekom Malaysia diperingkat seluruh negara yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan September 2022.  Di dalam latihan mobilisasi ini, semua anggota 56 RSPT (AW) seluruh negara akan diatur gerak.

Pada sesi LKT Siri 1/2022, secara keseluruhan anggota-anggota tersenarai di bawah telah berjaya merangkul hadiah individu di dalam kategori masing-masing, tahniah diucapkan;

 

  1. Kawad Kaki Terbaik LLP – Kpl Mohd Hazreen bin Mohd Ali, 561 RSPT (AW)
  2. Kawad Kaki Terbaik Perajurit Muda – PJM Nazrin Putra bin Rasol, 561 RSPT (AW)
  3. Kawad Kaki Kegigihan PJM – PJM Jonathan Ng Jin Keong, 561 RSPT (AW)
  4. Anugerah Kegigihan Ujian Jalan Laju – Kpl Mohd Naim bin Ani, 561 RSPT (AW)
  5. Juara Menembak Individu – SSjn Amat Jaitor bin Tarimoh, 564 RSPT (AW)
  6. Perajurit muda terbaik – PJM Nazrin Putra bin Rasol, 561 RSPT (AW)
  7. Anggota terbaik keseluruhan Lelaki – Kpl Mohd Syawal Syahdan bin Mohamed Zin, 561 RSPT (AW)
  8. Anggota terbaik keseluruhan Pranita – Sjn Siti Amira binti Hamzah, 561 RSPT (AW)

 

Diakhir ucapan, beliau meminta semua anggota apabila kembali bertugas di pejabat masing-masing, menunjukkan disiplin yang tinggi serta jati diri yang tinggi dan seterusnya membawa lebih ramai anggota Telekom Malaysia menyertai 56 RSPT (AW).

 

Latihan Kem Tahunan bagi tahun 2022 telah selesai diadakan dan akan diteruskan seperti biasa pada tahun 2023 nanti.   Pantas Pasti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*