Latihan Kem Tahunan 18RSD Pakar Telekom (AW) Siri 2 2013

22 Julai 2013. Pada 20 Jun hingga 05 Julai 2013 yang lalu, pihak 18 Rejimen Semboyan DiRaja seperti lazimnya telah menganjurkan Latihan Kem Tahunan Pakar Telekom (Askar Wataniah) Siri 3/2013 bertempat di Kem Kukusan, Tawau.

Latihan ini telah disertai oleh 32 orang anggota TM dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dan 30 orang anggota tetap yang terdiri daripada jurulatih serta pengurusan logistik. Di antara latihan yang menduga kemantapan mental dan fizikal para pelatih adalah Latihan Kawad, Ujian Jalan Laju, Pandu Arah, Kelas Senjata Bantuan, Latiha Jasmani Pagi dan banyak lagi. Para anggota Pakar juga berpeluang mendengar Taklimat Khas Ops Daulat Lahad Datu oleh Leftenan Kolonel Shuari dari 7 RAMD. Berikutan dari penglibatan 18SSD semasa Tragedi di Tanduo, Lahad Datu, 18SSD juga turut dilamar untuk menjadi anak angkat 7 RAMD.

Majlis pemakaian pangkat kepada anggota seramai 8 orang dan penyampaian penghargaan kepada 4 orang anggota Pakar di Penempatan Tawau/Lahad Datu turut dilaksanakan, yang mana telah disempurnakan oleh Mejar Abdul Razak bin Abdul Wahab, Pemangku Pegawai Pemerintah Pakar Telekom (AW).

Tuan Haji Badrul Hisham Ahmad, Bakal Pegawai Memerintah RSD Pakar Telekom juga turut hadir untuk bertemu dengan anggota Pakar yang menjalani latihan di Tawau.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*