Derma Darah oleh Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (AW)

Atas sebab keprihatinan anggota TM khasnya & Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom(AW)  amnya telah mengambil inisiatif membantu Ahmad Masdi yang memerlukan bantuan platelet & darah pada 21 Ogos 2013 di SDMC, Subang Jaya.

Tahniah kepada 10 penderma iaitu Kapten Norehan (ITP&DCO Mgmt), Kapten Faiz (Consumer), Kpl Raja Mohd Azmi (Mers 999), LKpl Haizon (CSOC), SigW Abbashiah (SME KL), Sig Johan (DATA KL), Sig Nazarul (IPNM), Sig Redha (SRM), Sig Ridzuan (NGN) & Sig Harith (SPM) yang telah menjalankan tugas murni ini. Di harap ianya akan memberi inspirasi kepada anggota lain untuk sama-sama menyertai program ini di masa akan datang.

Selain ianya adalah kebajikan, aktiviti ini juga baik untuk kesihatan penderma. Secara tidak langsung aktiviti yang dilaksanakan ini juga dapat mendekatkan diri anggota RSDPT dengan anggota TM lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*