Misi – 3 Bantuan Mangsa Banjir di Kemaman

Terdapat banyak musibah berlaku baik dibuat oleh keadaan alam maupun faktor manusia. Kadangkala kita memang tidak menginginkan musibah secara tiba-tiba datang tapi jika Allah swt berkehendak lain pastinya kita perlu Redha menerima.

RSDPT(AW) telah mengadakan aktiviti Jiwa Murni pada 7 & 8 Disember 2013 bagi membantu anggota TM khususnya dan penduduk amnya dari segi pembersihan rumah serta sumbangan barangan makanan di sekitar Permatang Badak & Sg Isap, Kuantan.

Dengan kekuatan seramai 3 Pegawai dan 18 anggota, mereka telah bertungkus lumus berbakti dalam melakukan kerja-kerja ini. Tanpa mengira waktu cuti & juga tidak berkepentingan bercuti bersama keluarga, RSDPT(AW) merasa sungguh bangga dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Semoga dengan aktiviti ini dapat menceriakan serba sedikit kesulitan anggota TM dan masyarakat sekitar Permatang Badak dan Sg Isap yang mengalami musibah  banjir dan memperkenalkan RSDPT(AW) kepada penduduk setempat amnya & TM khasnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*