Ekspedisi Daki Gunung Datuk, Rembau bersama RSDPT (AW) Terup N9&Kelab TM N9

Sabtu, 20hb Sept 2014, buat julung kalinya RSDPT(AW) Terup Negeri Sembilan bersama Kelab TM Negeri Sembilan telah menganjurkan aktiviti mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan.  Seramai 27 orang termasuk Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, En. Ramlan Omar dan 10 orang terdiri daripada pegawai dan anggota RSDPT(AW) Lembah Kelang turut menyertai aktiviti ini.

Objektif utama program ini dijalankan untuk manyatukan hubungan diantara RSDPT(AW) PAKAR dan ahli kelab TM Negeri Sembilan yang sebelum ini kewujudan RSDPT(AW) PAKAR TM tidak diketahui ramai. Selain itu ia bertujuan memupuk setiakawan di kalangan angota baru dan yang lama.

Perjalanan bermula seawal 0630 di Ibusawat Senawang, konvoi bersama ke Gunung Datuk dan bersarapan pagi bersama. Aktiviti bermula dengan sesi ucapan pembukaan oleh Pengurus Besar TM Negeri Sembilan En.Ramlan Omar dan wakil dari RSDT(AW) Ibupejabat Lt. Khairul Anwar Lukman. Seterusnya sesi doa dan bergambar sebagai kenangan bersama Pengurus Besar TM Seremban di Gunung Datuk.

Ekpedisi pendakian bermula pada jam 0845 dan berakhir pada jam 1400 dengan diiringi oleh 3 anggota  tetap dari pasukan RSD 1Briged diketuai oleh Sjn Dunggau Anak Ujek dari Kem Rasah, Negeri Sembilan. Keseluruhan aktiviti ini dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kecedaraan yang dialami oleh peserta ketika pendakian dan rata-rata menyuarakan kepuasan hati menikmati keindahan flora dan fauna ketika berada di puncak Gunung Datuk.

Sesi penutup diserikan dengan makan tengahari dan penyampaian cederahati kepada wakil pengurusan RSDPT(AW) Terup Negeri Sembilan, Kelab TM Negeri Sembilan serta 3 anggota tetap dari pasukan RSD 1Briged Kem Rasah Negeri Sembilan.

Diharapkan permulaan yang baik ini sebagai satu langkah mewujudkan kerjasama diantara RSDPT(AW) Terup Negeri Sembilan dan juga Kelab TM Negeri Sembilan bagi mencapai objektif masing-masing seiring dengan semangat 1TM yang diterapkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*