Latihan Khemah Tahunan Siri 32014 RSDPT (AW) di Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan

Latihan Khemah Tahunan (LKT) Siri 3/2014 Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (AW) atau singkatan RSDPT (AW) telah diadakan bermula dari 2hb sehingga 17hb September 2014 yang lalu di Batalion Ke-3 Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah latihan asas jasmani, latihan & ujian kawad, ujian jalan laju 8KM, latihan baca peta selama 2 hari 1 malam di kawasan hutan Bechak Salak Kuala Krai, pengetahuan  asas  ketenteraan seperti undang-undang tentera, keselamatan cyber, kelas senjata, mobilisasi, insuran berkelompok & undang-undang peperangan.  Selain aktiviti diatas, majlis keagamaan iaitu bacaan Yassin & tahlil juga diadakan pada malam Jumaat di surau kem.

Di samping itu anggota juga didedahkan dengan latihan menembak menggunakan senjata M16  yang telah diadakan di Lapang Sasar Bukit Merbau, Kelantan.  Pada LKT kali ini seramai 4 anggota pranita telah dinaikkan pangkat seperti berikut:

  1. 6189819 LKpl Norazlina Binti Ahmad Tabrani
  2. 6207959 LKpl Abbashiah Hayati Binti Rosli
  3. 6228217 LKpl Suraya Binti Yaacob
  4. 6233384 LKpl Noorasiah Binti Daud

Sekalung tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat akan meningkatkan semangat untuk berkhidmat dengan RSDPT (AW).

Acara sukan juga diadakan pada LKT kali ini seperti perlawanan bowling, bola tampar & bola sepak di antara jurulatih & anggota pelatih.

LKT kali ini juga memberi pendedahan kepada anggota tentang peranan TUDM dalam pertahanan negara iaitu melalui lawatan ke Kem TUDM, Pengkalan Udara Gong Kedak.  Antara tempat yang dilawat ialah muzium TUDM, skuad bomba TUDM & juga hangar Sukhoi.

Acara penutup LKT kali ini ialah majlis Makan Malam Penutup yang telah diadakan di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan pada 16hb September 2014.  Ianya telah dihadiri oleh VP NMO, Tuan Haji Badrul Hisham Ahmad, Pengurus Besar Negeri Kelantan Tuan Haji Ab. Rashid Che Othman & juga pengurusan kanan negeri Kelantan.

Semoga Latihan Khemah Tahunan ini akan dapat memberikan manfaat dan pengetahuan kepada semua anggota untuk terus berbakti kepada agama, bangsa & negara dan khususnya Telekom Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*