Program Jiwa Murni RSD Pakar Telekom (AW) di Baling, Kedah

Pada Ahad ,12 Oktober 2014, Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (AW) atau singkatannya RSDPT (AW) telah menganjurkan program tanggungjawab khidmat sosial masyarakat yang dinamakan ‘Program Jiwa Murni & Gotong Royong Perdana’ di Madrasah Ubudiyah Kg. Teluk Kangar, Bongor Saga, Baling, Kedah.  Masyarakat setempat di Kg. Teluk Kangar, Bongor seramai hampir 150 orang turut bersama menjayakan program ini.

Program ini diketuai oleh Mej Abdul Razak Abdul Wahab, Pemangku Pegawai Memerintah RSDPT (AW) dan barisan Pegawai dan anggota RSDPT (AW) yang sedang menjalani Latihan Kem Tahunan Siri 4/2014 & Latihan Asas Perajurit Muda Siri 2/2014. Pasukan juga berbesar hati dengan kehadiran tetamu kehormat Tuan Haji Badrul Hisham bin Ahmad, Naib Presiden NMO, Mohd Kamil bin Mohd Zamberi, GM NMO Utara, Mohamad Sidik Mohd Salleh, AGM Consumer Kedah/Perlis TM yang mewakili Puan Norlela Baba, Pengurus Besar Negeri Kedah/Perlis. Disamping itu program ini turut mendapat kerjasama daripada anggota TM dari sekitar Kulim dan Baling, pegawai dan anggota RSD, anggota JKKK, jemaah madrasah dan khususnya penduduk kampung kawasan Bonggol Saga.

Program dimulakan dengan bacaan doa dari Tuan Haji Abdul Rahman bin Hassan, Pengerusi Madrasah Ubudiyah; kata-kata aluan dari En Zaidi bin Ahmad, wakil JKKK, ucapan dari wakil Pengurus Besar Negeri, dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBhg Tuan Haji Badrul Hisham bin Ahmad, Naib Presiden NMO.Program diteruskan dengan acara memasang papan tanda nama surau oleh semua wakil-wakil yang hadir.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti membaikpulih persekitaran dan membersihkan madrasah, mengecat dinding dan pagar madrasah, membuat lantai simen, menukar ganti karpet sejadah, langsir dan kain bidai pemisah madrasah serta pemasangan kipas dinding.   Selain itu pihak RSDPT (AW) turut menyumbang al-quran, sejadah, telekung dan perabot untuk kegunaan madrasah.

Selain aktiviti di atas, program diserikan lagi dengan majlis marhaban  dan “berendoi” yang telah dijalankan oleh kaum wanita di sekitar kawasan Bongor Saga, Baling, Kedah dan ianya turut disertai oleh anggota pranita RSDPT (AW).

Penduduk kampung telah bergotong royong menyediakan makan dan minum sepanjang program antarnya nasi lemak & kueh mueh, nasi “APOLLO”, gulai kambing kawah umbut pisang, ayam masak merah, sayur goreng dan pelbagai jenis ulam-ulaman.

Majlis di akhiri dengan pemberian cenderahati dan sijil kepada semua anggota dan penduduk yang telah menyertai program ini, majlis juga diteruskan dengan penyampaian saguhati dari  Kumpulan Korporat & Komunikasi TM iaitu topi & baju T kepada penduduk kampong oleh Tuan Haji Badrul Hisham bin Ahmad.

Program Jiwa Murni’ sebegini harus diteruskan kerana ianya dapat memberikan pendedahan kepada anggota RSDPT (AW) khususnya dan kakitangan TM amnya tentang kerja-kerja amal serta tanggungjawab anggota kepada masyarakat sekeliling tentang peribahasa “Sepakat membawa Berkat” dan TM antaranya “Teaming with Passion” serta “Service with Heart”.

Program yang dibiayai oleh RSDPT (AW) turut mendapat sumbangan daripada warga RSDPT (AW) dan orang ramai yang memberikan sokongan kepada program ini.  Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang derma bagi program ini.  Semoga program yang telah dijalankan ini dapat memberikan keberkatan kepada semua dan memberikan imej yang baik kepada RSDPT (AW) khususnya dan Telekom Malaysia secara amnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*