Sumbangan Sejadah Kepada Surau Al-Musafir, Kota Bahru

Pada tarikh 1hb Oktober 2016 yang lalu, satu majlis sumbangan sejadah permaidani telah berlangsung di Surau Al-Musafir.  Surau ini terletak di Stesen Bas Kota Bahru, Kelantan.  Dana sumbangan ini adalah dari hasil kutipan anggota terup Kelantan iaitu dibawah 16 SSD Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (Askar Wataniah).

Majlis diketuai oleh Ketua Terup Kelantan, SSjn Laisudin bin Ibrahim dan turut di sertai oleh 3 anggota.  Ianya diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Skuadron iaitu Mejar Abdul Razak Abdul Wahab.  Sumbangan telah disampaikan kepada Pengerusi surau iaitu Tuan Ibrahim Majid dan beliau sangat terharu dengan sumbangan ini.  Pemasangan sejadah permaidani telah dilakukan pada hari yang sama oleh anggota yang menyertai majlis tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada anggota yang telah memberikan sumbangan dan semoga usaha murni ini dapat menjdai contoh dan ikutan oleh skuadron lain di dalam RSDPT (AW) khasnya dan anggota TM amnya.  Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan ini.  #rezekiyangdikongsilebihdiberkati

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*