Majlis Amal & Berbuka Puasa di Maahad Dirasat Diniyah Jerantut & Masjid An Nur, Temerloh

 

Seramai 20 anggota 16 SSD telah menjayakan Majlis Amal dan Berbuka Puasa di Maahad Dirasat Diniyah, Jerantut dan Masjid An Nur , Qariah Kampong Buntut Pulau ,Temerloh.

Taklimat Pergerakan dan Aturcara Majlis telah di sempurnakan oleh Mej Abdul Razak ,OC 16 SSD,selepas selesai solat Zuhor berjemaah di SurauTM Temerloh.

Pasukan bergerak ke dari TM Temerloh dan tiba di Maahad Dirasat Diniyah pada jam 1630H.

Majlis Ramah Mesra Bersama Pengurusan dan Pelajar Maahad Dirasat Diniyah yang diacarakan oleh Sig Syahrul Amri  telah berjalan dengan lancar dan sempurna .

Ketua TDOC Pahang Barat PW2 Wan Suhaimi telah menyerahkan sumbangan pasukan berjumlah RM 1,200.00 kepada Ustaz Zuridan Mohd Daud

Setelah sempurna solat Asar berjemaah bersama pengurusan dan pelajar Maahad Dirasat Diniyah , pasukan bergerak ke destinasi kedua @ Masjid An Nur.Temerloh.

Pasukan selamat tiba di Masjid An-Nur dan disambut dengan mesra oleh AJK dan Qariah Masjid An-Nur .

Majlis ringkas yang diacarakan oleh Sig Syahrul Amri berjalan dengan mesra dan  sempurna .

Ketua TDOC Pahang Barat PW2 Wan Suhaimi telah menyerahkan sumbangan peribadi anggota 16 SSd  berjumlah RM 1,850.00 dan RM 600.00 untuk jamuan makan kepada Tn Hj Aminuddin Abdul Hamid, Pengurusi Masjid An Nur.

Pasukan telah menyempurnakan Majlis Doa Selamat dan Berbuka Puasa bersama penduduk kampong di perkarangan Masjid An Nur.

Majlis bersama AJK dan Qariah Masjid An Nur selesai selepas Solat Tarawih .

Seterusnya, Anggota berkumpul di Kedai Makan Sifu Char Kue Tiaw untuk jamuan ringan bersama Mejar Abdul Razak .

Anggota bergerak pulang pada jam 0030H.

Alhamdulillah , Majlis berjalan dengan sempurna dan semua anggota selamat sampai kerumah@ penempatan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*