Program Lawatan oleh Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) di Telekom Malaysia (TM)

Pada 26 September 2016 yang lalu, Rejimen Semboyan DiRaja PAKAR Telekom Askar Wataniah, RSDPT (AW) telah menerima lawatan daripada Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) bersempena dengan program latihan IKED yang melibatkan pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Lawatan telah diketuai oleh Ketua Cawangan Peperiksaan dan Kurikulum IKED, Lt Kol Hj Ramli Daud yang merupakan mantan Penolong Pegawai Memerintah RSDPT (AW) pada tahun 2007 sehingga 2010.  Rombongan IKED  terdiri daripada 36 Pegawai daripada pelbagai cabang dalam ATM termasuk 2 orang Pegawai daripada Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei yang sedang mengikuti kursus komunikasi di IKED.  Lawatan ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan pembelajaran tentang pengurusan komunikasi yang terdapat di dalam infrastruktur TM. Pengurusan RSDPT (AW) diwakili oleh LtM Azlan Ariff Mohd Suah berbesar hati menyambut dann menerima kunjungan dan lawatan daripada IKED.

Rombongan IKED telah dibawa melawat ke kompleks TM Jalan Raja Chulan (JRC) serta Muzium Telekom.  Di TM JRC, mereka telah diberi taklimat dan penerangan teknikal oleh Pengurus ENZ KL iaitu En. Abdul Rahim Mokhtar berkenaan operasi teknikal TM dan struktur infra yang terdapat di bilik Main Distribution Frame (MDF) serta laluan kabel yang penting di TM JRC. Anggota RSDPT (AW) turut membantu En. Abdul Rahim dalam sesi taklimat serta berkongsi maklumat strategik kawalan keselamatan Infra TM dan ATM.

Di samping itu, pelatih-pelatih IKED dibawa melawat ke Muzium Telekom yang menjadi kebanggaan warga TM khususnya dan menyimpan khazanah bernilai negara bagi industri telekomunikasi antaranya artifak dan galeri yang menceritakan perihal sejarah telekomunikasi sejak pra-sejarah, permulaan industri telekomunikasi, pra dan pasca merdeka industri telekomunikasi di negara kita juga merangkumi sejarah perkembangan TM.  Mereka juga berpeluang mengalami gaya hidup digital di sudut ‘HSBB Experience Centre’.

Pihak RSDPT (AW) mengucapkan terima kasih kepada pihak Muzium Telekom yang diketuai oleh Pengurus Operasi, Pn. Siti Hairolmiza Zainal atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program lawatan ini. nike air max schwarz nike air max schwarz nike air max schwarz nike air max schwarz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*