Latihan Menembak RSD Pakar Telekom (AW) 2016

Mulai 7hb hingga 10hb Disember 2016 telah berlangsungnya Latihan Menembak Tahunan Rejimen Semboyan Diraja Pakar Telekom (Askar Wataniah) RSDPT (AW) dan ianya telah diadakan di Lapang Sasar, Kem Sungai Besi.  Latihan ini yang merupakan acara tahunan RSDPT (AW) adalah kerjasama antara anggota sukarela dan tetap RSDPT (AW) dari skuadron seluruh Malaysia. Selain itu aktiviti bertujuan mendekatkan hubungan di antara anggota RSDPT (AW) bersama pihak Pengurusan Kanan TM dan Pengurusan Kanan Rejimen Semboyan Diraja.

Persiapan peralatan menembak telah diadakan di Pejabat Markas di Kem Kementah, Kuala Lumpur pada 7hb Disember 2016 dan seterusnya di Lapang Sasar Kem Sg Besi keesokkan harinya, 8hb Disember 2016.

Antara persiapan dilaksanakan ialah menaikkan khemah untuk kegunaan sepanjang latihan seperti khemah makan, khemah untuk jemputan menonton, khemah perangkaan, khemah tempat senjata dan peluru, khemah audio visual dan tempat solat.  Selain daripada itu, persiapan untuk peralatan di benteng seperti penyediaan papan sasaran, piring menembak M16, piring menembak pistol dan peralatan lain turut dibuat.  “Bali bunting” TM dan “street bunting” juga dikibarkan sepanjang jalan masuk ke lapang sasar.

Pada hari yang sama juga, kesemua anggota yang hadir telah menjalani latihan pelarasan senjata Colt M16.  Pelarasan senjata ini dilakukan bagi membolehkan anggota dapat menggunakan senjata supaya menepati sasaran. Setiap anggota diberikan sebanyak 10 butir peluru untuk tujuan tersebut.  Latihan menembak pada waktu malam juga diperkenalkan pada tahun ini, yang merupakan latihan yang julung-julung kali dijalankan.

Manakala pada 9hb Disember 2016 acara pertandingan “Full Bull” telah diadakan.  Ini juga antara kelainan pada latihan kali ini.  Sig Radzi daripada 16SSD telah memenangi pertandingan tersebut.  Latihan diteruskan dengan acara pertandingan menembak Colt M16 individu serta acara menembak piring berkumpulan.  Pertandingan terpaksa dihentikan awal kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk diteruskan.

Berikut adalah keputusan nama pemenang-pemenang bagi acara yang telah dipertandingkan:-

 

Colt M16 Individu – Anggota Sukarela:  
 
1 Lt Mohd Saiful Hazmi
2 Sig Mohamad Hairul bin Rohaizat
3 Lt Zulkifli bin Mohamad
4 Sig Mohd Norazmira bin Abd Aziz
5 LKpl Lawrence Phiong
6 Kpl Tengku Mohd Isyraf bin Tg Ab Rahman
7 Sig Ariff Affendi bin Atan
8 Kpl Raja Mohd Azmi Noor Raja Chik Azman
9 LKpl Muhammad Amirul Abdullah
10 Sig Mohd Rushaidy bin Abd Rahman

 

Jatuh Piring Colt M16 Antara Kumpulan:

 

Johan – Kumpulan 5 Naib Johan – Kumpulan 12
Lt Ruhia binti Lawis Lt Mohd Saiful Hazmi
LKpl Wan Mohd Ridzuan bin Wan Mustafa Sjn Mohd Fadzil Ibrahim
Sig Hafizi bin Che Omar Kpl Raja Mohd Azmi
Sig Abdullah bin Zainal Abidin LKpl Suraya binti Yaacob

 

Latihan diteruskan keesokan harinya iaitu pada 10hb Disember 2016 dengan kehadiran jemputan kehormat iaitu Kolonel (Kehormat) Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa (TSZI) selaku Komander RSDPT (AW), Pengerusi TM, Tan Sri Sulaiman Mahbob, Ahli Lembaga Pengarah TM, YM Lt Kolonel (Kehormat) Tunku Dato’ Mahmood Fawzy bin Tunku Muhiyiddin, Dato’ Ibrahim Marsidi dan En. Nik Rizal Kamil bin Tan Sri Dato’ Nik Ibrahim Kamil.  Latihan ini turut disertai oleh Mejar Badrul Hisham Ahmad, selaku Pegawai Memerintah  RSDPT (AW) serta penaung majlis,  pengurusan kanan TM dan wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang di ketuai oleh Brig Jen Dato’ Basri bin Kasban bersama pegawai-pegawai kanan Rejimen Semboyan Diraja.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Brig Jen Dato’ Basri bin Kasban, Pengarah Peperangan Informasi, Angkatan Tentera Malaysia.  Latihan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai senjata dan cara pengendalian Colt M16 serta pistol “Glock” yang telah disampaikan oleh Lt. Ghazali, 2IC 18SSD, RSDPT (AW).

 

Berikut adalah pertandingan yang telah dianjurkan dan nama pemenang untuk setiap acara:-

 

Colt M16 Individu – Jemputan TM & Jemputan Tentera:
1 Lt Kol Hamidi bin Achin
2 Brig Jen Basri bin Kasban
3 Lt Kol Hj Abdul Kadir bin Hj Mohd Ali
4 En Mohd Nuhi Adha Selamat
5 Lt. Kol Hj Abdul Rahman bin Ismail
6 YM Lt Kol (K) Tunku Dato’ Mahmood Fawzy bin Tunku Muhiyiddin
7 Mej Badrul Hisham bin Ahmad
8 Dato Ibrahim Marsidi
9 Kol (K) Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa
10 Cik Izlyn Ramli

 

Jatuh Piring Colt M16 Antara Kumpulan:
Johan – Kump 4 Naib Johan – Kump 1
YM Lt Kol (K) Tunku Dato’ Mahmood Fawzy bin Tunku Muhiyiddin Kol (K) Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa
Lt Kol Hamidi bin Achin En. Azizi A.Hadi
Dato Ibrahim Marsidi Lt Kol Wong Kam Hwa
Mej Badrul Hisham bin Ahmad En. Nik Rizal Kamil bin Tan Sri Dato’ Nik Ibrahim Kamil
Jatuh Piring Colt M16 Kumpulan Pilihan:
Johan – Pilihan Brig Jen Basri Bin Kasban Naib Johan – Pilihan Kol (K) Tan Sri Zam Isa
Brig Jen Basri bin Kasban Kol (K) Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa
Lt Kol Hj Abdul Rahman bin Ismail YM Lt Kol (K) Tunku Dato’ Mahmood Fawzy
Kol Saifudin bin Talha Dato Ibrahim Marsidi
Tan Sri Sulaiman Mahbob Lt Kol Wong Kam Hwa

 

Acara berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang, pertukaran cenderahati di antara TSZI dengan wakil Brig Jen Basri bin Kasban serta cenderahati dari RSDPT (AW) kepada Pengerusi TM, Tan Sri Sulaiman Mahbob.  Penutup latihan disudahi dengan ucapan penutup “Latihan Menembak RSD Pakar Telekom (AW) 2016” oleh TSZI.

Pihak RSD Pakar Telekom (AW) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir, kepada pihak Corporate Event yang telah meminjamkan “Bali bunting” untuk kegunaan sepanjang acara berlangsung.  Akhir sekali ucapan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada semua lebih kurang 70 orang anggota sukarela RSDPT (AW) dari selurh negara yang telah bertungkus lumus menyiapkan semua persiapan bagi memastikan kelancaran latihan berjalan dengan lancar dan baik serta tidak dilupakan juga bantuan dari anggota tetap RSDPT (AW).

Ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota yang terlibat dalam persiapan kerana telah meluangkan masa serta tenaga mereka untuk memastikan acara tahunan ini berjalan dengan lancar.  Semoga acara ini dapat diteruskan dengan jayanya pada masa hadapan dengan penglibatan anggota yang lebih ramai lagi. Pantas & Pasti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*