Latihan Menembak RSD Pakar Telekom (AW) 2015

Latihan Menembak Tahunan RSD Pakar Telekom (Askar Wataniah) RSDPT (AW) telah berlangsung mulai 3hb hingga 6hb Disember 2015 di Lapang Sasar B, Kem Sungai Besi.  Acara tahunan ini antara lain bertujuan merapatkan hubungan di antara anggota RSDPT (AW) bersama Pengurusan Kanan TM dan Pengurusan Kanan Rejimen Semboyan Diraja.

Acara dimulakan dengan persiapan peralatan menembak di Pejabat Markas di Kem Kementah, Kuala Lumpur pada 3hb Disember 2015 oleh anggota sukarela RSDPT (AW) dan dibantu oleh anggota tetap.

Manakala pada 4hb Disember 2015 pula persiapan dilakukan lapang sasar iaitu persiapan menaikkan 12 buah khemah untuk khemah makan VIP, khemah makan LLP, khemah jemputan menonton, khemah perangkaan, khemah tempat senjata & peluru, khemah audio visual dan surau.  Selain dari itu anggota turut menyediakan peralatan di benteng seperti penyediaan papan sasaran, piring menembak M16 , piring menembak pistol dan peralatan lain.  Persiapan dimulakan sekitar jam 8 pagi & berakhir sekitar jam 7 malam.

Pada 5hb Disember 2015 adalah acara pelarasan senjata Colt M16 oleh anggota sukarela RSDPT (AW) dan acara pertandingan menembak Colt M16 individu serta berkumpulan.  Tujuan pelasaran senjata ini dilakukan bagi membolehkan anggota dapat menggunakan senjata supaya menepati sasaran. Setiap anggota berpeluang menembak beberapa kali untuk melaras senjata dengan bantuan anggota AMRA (bahagian pembaikan senjata).  Pertandingan terpaksa dihentikan awal kerana keadaan cuaca hujan dan kilat yang tidak mengizikan untuk diteruskan.  Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Latihan Menembak Tahunan  RSDPT (AW) 2015.

 

Berikut adalah keputusan nama-nama pemenang bagi acara yang telah dijalankan:-

Jatuh Piring M16 Antara Kumpulan:

Johan – Kumpulan Sig 18 SSD Naib Johan – Kumpulan Pegawai
Sig Awang Zulfakhri Awang Guntor Mej Abdul Razak Abdul Wahab
Sig Jefri Gumar Kapt Mohamad Ansahari Abdul Kudus
Sig Ahmad Aflan Sawah Kapt Mohamed Tajul Mohamed Sutan
Sig Zulkenaini Sidi Kapt Mohd Kamal Abu Bakar
M16 Individu – Anggota Sukarela:  
 
1 Kapt Mohd Kamal bin Abu Bakar (16 SSD)
2 LKpl Hazaiswandi Zainodin (17 SSD)
3 LKpl Abbashiah Hayati binti Rosli (15 SSD)
4 Sig Syazwan Abu Bakar (15 SSD)
5 Sjn Ma Siu Lin @ Awong (18 SSD)
6 Kpl Rostam bin Baharuddin (17 SSD)
7 Sig Syazwan Alif Johar (15 SSD)
8 LKpl Zamree bin Baham (18 SSD)
9 PW2 Mazlan bin Ishak (15 SSD)
10 Sig Alias bin Zaini (16 SSD)

Acara kemuncak Latihan Menembak RSD Pakar Telekom (AW) 2015 adalah pada 6hb Disember 2015.  Jemputan kehormat yang hadir pada latihan kali ini ialah Kolonel (Kehormat) Tan Sri Dato Sri Zamzamzairani Mohd Isa (TSZI) selaku Komander RSDPT (AW), Ahli Lembaga Pengarah TM iaitu YM Lt Kolonel (Kehormat) Tunku Dato’ Mahmood Fawzy dan Dato Ibrahim Marsidi.  Latihan ini turut disertai oleh Mejar Badrul Hisham Ahmad, selaku Pegawai Memerintah  RSDPT (AW) serta penaung malis,  pengurusan kanan TM dan wakil dari tentera yang di ketuai oleh Brig Jen Zaharin bin Jamel, Brig Jen Basri bin Kasban bersama pegawai-pegawai kanan Rejimen Semboyan Diraja.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Brig Jen Zaharin bin Jamel.  Sebelum pertandingan menembak RSD Pakar Telekom (AW) 2015 dimulakan, taklimat ringkas mengenai senjata dan cara pengendalian Colt M16 telah disampaikan oleh Kapten Fadhli, 2ic 16 ssd, RSDPT (AW).  Pertandingan pada kali ini juga terpaksa dihentikan awal kerana keadaan cuaca yang didak mengizinkan.

Berikut adalah pertandingan yang telah dianjurkan dan nama pemenang untuk setiap acara:-

 

Jatuh Piring M16 Antara Kumpulan:
Johan – Kump 3 Naib Johan – Kump 1
Brig Jen Zaharin bin Jamel Brig Jen Basri bin Kasban
Dato’ Mohd Rais Azhar Kol Shukri bin Hj Mohd Isa
Datuk Bazlan Osman Mej Abd Wahid bin Hj Abu Bakar
Mej Badrul Hisham bin Ahmad Mej Abdul Razak bin Abdul Wahab
Jatuh Piring M16 Pilihan Kol (kehormat) dan Pilihan Kol Semboyan:
Johan – Pilihan Kol Sem Naib Johan – Pilihan Kol (Kehormat)
Brig Jen Zaharin bin Jamel Kol (K) Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa
Kol Ahmad Saifuddin bin Talha YM Lt Kol (K) Tunku Dato’ Mahmood Fawzy
Lt Kol Hj Abdul Rahman bin Ismail Datuk Bazlan Osman
Lt Kol Mahadi bin Kadir Lt Kol Wong Kam Hwa
Jatuh Piring Pistol Antara Kumpulan:
Johan – Kump 4 Naib Johan – Kump 1
Mohd Rozaimy Abd Rahman Brid Jen Basri bin Kasban
Lt Kol Hj Abdul Rahman bin Ismail Kol Shukri bin Hj Mohd Isa
Muhammad Firdaus Abdul Monir Mej Abd Wahid bin Hj Abu Bakar
Zam Ariffin bin Ismail Mej Abdul Razak bin Abdul Wahab
M16 Individu – Jemputan TM & Jemputan Tentera:
1 Lt Kol Mahadi bin Kadir
2 Lt Kol Hj Abdul Rahman bin Ismail
3 Brig Jen Zaharin bin Jamel
4 Mej Abdul Wahid bin Hj Abu Bakar
5 Lt Kol Wong Kam Hwa
6 Mej Abdul Razak bin Abdu Wahab
7 Datuk Bazlan Osman
8 Kapt Mohamad Ansahari bin Abdul Kudus
9 Kol Ahmad Saifuddin bin Talha
10 Kol (K) Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa

 

Acara tamat pada jam 3 petang dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang, pertukaran cenderahati di antara TSZI dengan Brig Jen Zaharin bin Jamel.  Seterusnya TSZI telah dengan rasminya menutup “Latihan Menembak RSD Pakar Telekom (AW) 2015”.

Pihak RSD Pakar Telekom (AW) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir, kepada pihak Corporate Event yang telah meminjamkan “Bali bunting” dan pihak Sports Marketing yang turut membantu menyediakan “street bunting”untuk digunakan sepanjang acara berlangsung.  Akhir sekali ucapan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada semua lebih kurang 100 orang anggota sukarela RSDPT (AW) yang telah bertungkus lumus menyiapkan semua persiapan sebelum acara, semasa acara berlansung sepanjang empat hari dan selepas acara berlangsung agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan baik serta tidak dilupakan juga bantuan dari anggota tetap RSDPT (AW).

Syabas diucapkan dan semoga acara ini dapat diteruskan dengan jayanya di masa hadapan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*