Majlis Serahan Pedang Kepada Komander RSD Pakar Telekom (AW)

Pada 7hb Januari 2016, satu majlis ringkas, Majlis Serahan Pedang dari Yang Mulia Lt Kol (K) Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin kepada Komander Rejimen Semboyan Diraja (RSD) Pakar Telekom (AW), Kol (K) Tan Sri Dato’ Sri Zam Isa.  Majlis telah diadakan di bilik mesyuarat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM dan diadakan sebagai tanda simbolik persahabatan yang telah terjalin di antara YM Tunku Dato Mahmood Fawzy, yang juga Ahli Lembaga Pengarah TM dan Tan Sri Dato Sri Zam Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM dan juga Komander RSDPT (AW).

Semasa ucapan oleh YM Tunku Dato Mahmood Fawzy, beliau telah berkongsi maklumat tentang sejarah pedang, cara pemakaian pedang serta majlis yang sesuai untuk memakai pedang, tujuan serta kegunaan sesuatu pedang tersebut.  Bagi menyempurnakan majlis Tan Sri Dato’ Sri Zam Isa juga turut menyampaikan momento cenderahati bagi pihak RSDPT (AW) kepada YM Tunku Dato’ Mahmood Fawzy.  Majlis turut disertai oleh Pegawai Memerintah RSD Pakar Telekom (AW), Mejar Badrul Hisham bin Ahmad dan pegawai-pegawai RSDPT (AW) sekitar Lembah Klang.

Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin ini akan terus berkekalan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*