Latihan Demo Kuasa Tembakan 2015 Di Lapang Sasar, Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan

Pada 28 May 2015, RSD Pakar Telekom (Askar Wataniah) dijemput untuk menghadiri latihan Demo Kuasa Tembakan 2015 yang diadakan di Lapang Sasar, Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan. RSDPT (AW) diwakili oleh 2 orang pegawai dan 10 anggota lain-Lain pangkat.  Latihan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussien Onn. Latihan demo Kuasa Tembakan 2015 ini terdiri daripada dua segmen latihan tembakan iaitu segmen dynamic dan segmen Demo Indirect fire.

Untuk segmen pertama, situasi latihan dibuat menggambarkan keadaan sebenar apabila pasukan keselamatan menggempur pihak musuh.  Pasukan infantri memasuki tapak tembak dan memulakan demonstrasi tembakan menggunakan senjata ringan jenis rifle styer, 5.56mm LMG, 7.62mm GPMG  dan 12.7mm HMG.  Kemudian pasukan batalion senjata sokongan memberi bantuan tembak di ikuti oleh kumpulan tembakan kombat menggunakan sistem senjata artileri.  Antara aset-aset yang digunakan untuk segmen ini antaranya 105mm PH L5(light), 155mm G5 MK 111 gun (medium), MLRS ASTROS 11 (rocket), SKYGUARD RADAR, Jernas missile dan FN-6 Missille.  Selain itu latihan ini juga menampilkan beberapa kereta kebal dan perisai yang menjadi kebanggaan Tentera Darat antaranya Bakhthar Shikan Anti-Tank Missile, SIBMAS, G-WAGON, SCORPION PT 91 M dan asset yang terbaru di dalam inventori Tentera Darat iaitu AV8 yang dikenali sebagai GEMPITA.

Untuk segmen kedua, situasi latihan menggunakan situasi yang serupa dan bantuan tembakan dari udara menjadikan segmen ini lebih menarik.  Tembakan dari jarak jauh menggunakan beberapa aset seperti meriam 155mm G5 MK 111, meriam 105mm L5 Pack Howitzers dan MLRS ASTROS 11.  Jarak tembakan tepat ke sasaran antara 2km sehingga 15km menjadikan penonton teruja dengan keupayaan pasukan tentera dan asset tentera darat.  Bantuan sokongan tembakan udara  daripada 1Divisyen Tentera Udara Diraja Malaysia melibatkan 4 pesawat pejuang Hawk 208 dan 2 pesawat pejuang F16 Hornet.  Pesawat ini memberi bantuan tembakan kepada pasukan arteleri untuk menggempur kawasan musuh sebelum pasukan arteleri dan infantri memasuki kawasan musuh.  Apabila musuh berjaya ditewaskan, kesemua batalion dikeluarkan dari kawasan operasi dan menamatkan latihan Demo Kuasa Tembakan untuk tahun 2015.

Pendedahan ini diharapkan memberikan maklumat dan menambah pengetahuan anggota RSDPT (AW) untuk lebih memahami situasi operasi peperangan sebenar kerana melibatkan pelbagai divisyen dan juga senjata–senjata berat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*