Misi Bantuan Banjir dan Lawatan KSU KKMM Ke Kelantan

Pada 4hb Disember 2017, RSD Pakar Telekom (Askar Wataniah) 16 Skuadron turut terlibat dalam program memberi khidmat bantuan bencana banjir sempena lawatan kerja YBhg. Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM). Aktiviti tersebut telah diketuai oleh Ketua Trup Kelantan,  SSjn Laisudin bin Ibrahim bersama 4 anggota.

Misi bantuan banjir ini yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kelantan, turut mengadakan lawatan dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan DUN Pengkalan Kubur.  Perkhidmatan Bot TM – Kristal 1  turut digunakan untuk ke lokasi penyerahan bantuan dan melibatkan Pengurus Besar TM Kelantan dan AJK NUTE Kelantan.

Pihak urusetia lawatan, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua kepada anggota yang terlibat dalam mienjayakan program Misi Bantuan KKMM-PBSM, khasnya kepada pihak RSD Pakar Telekom (AW) dan pihak pengurusan TM amnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*