Aktiviti Jiwa Murni & Kembara Duga Anjuran 17SSD

Baru-baru ini Pasukan 17 Skuadron RSD Pakar Telekom (AW) yang merangkumi negeri-negeri di Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak   telah menganjurkan aktiviti “Jiwa Murni Di Surau Kampung Kepala Bukit & Kembara Duga Mendaki Gunung Jerai” pada 10 dan 11 November 2017.  AKtiviti ini turut disertai dan mendapat sokongan dari skudron yang lain di Semenanjung Malaysia iaitu Markas, 15SSD dan 16SSD dengan jumlah kekuatan seramai 5 Pegawai dan 45 anggota sukarela RSDPT (AW).

Aktiviti dimulakan dengan program “Jiwa Murni” iaitu gotong royong di Surau Kampung Kepala Bukit, Kaki Gunung Jerai, Gurun Kedah. Selain penglibatan anggota RSDPT (AW), aktiviti khidmat social dan kemasyarakatan ini  turut disertai oleh jawatankuasa surau dan penduduk sekitar.  Pembersihan kawasan sekitar telah dilakukan beramai-ramai seperti memotong pokok-pokok, membersihan longkang dan kawasan persekitaran surau. Bagaimanapun cuaca hujan pada hari tersebut tidak membenarkan anggota RSDPT (AW) meneruskan pelan untuk mengecat sebahagian dinding surau yang agak uzur.

Program ini turut disertai oleh Pegawai Memerintah RSDPT (AW), Mejar Badrul Hisham bin Ahmad dan beliau telah menyampaikan sumbangan berbentuk kerusi batu kepada pengerusi surau, Ustaz Haji Khairi untuk kegunaan pengunjung surau.  Aktiviti diakhiri dengan majlis jamuan ringan bersama-sama semua yang terlibat.

Manakala disebelah malamnya satu program ramah mesra antara semua anggota yang menyertai aktiviti ini dan Pegawai Memerintah telah dianjurkan di Eco Neo Resort, Kampung Titi Hayun, Yan, Kedah.

Keesokkan harinya, program diteruskan dengan aktiviti “Kembara Duga Mendaki Gunung Jerai”.  Aktiviti ini telah disertai oleh seramai 28 orang anggota termasuk 2 orang pegawai iaitu Pegawai Memerintah RSDPT (AW), Mejar Badrul Hisham bin Ahmad dan Adjutant RSDPT (AW), Mejar Norehan Mohamed Noor.

Aktiviti ini adalah sebahagian persiapan mental dan fizikal apabila sebarang mobilisasi atau bencana dilalui dapat diharungi dengan tabah dan kerja berkumpulan.  Komunikasi menggunakan radio @ walkie talkie telah dapat melatih anggota memastikan keselamatan semua anggota dan dapat berhubung sekiranya terdapat rintangan dalam perjalanan.  Di samping itu perhubungan ini akan dapat diteruskan sekiranya perhubungan melalui telefon bimbit tiada signal.

Trek mendaki yang dimulakan dari kawasan Air Terjun Titi Hayun, Yan Kedah dengan cabaran menaiki 1000 anak tangga yang dikenali sebagai “Tangga Kenari” dan seterusnya trek mendaki sehingga berakhir di The Regency Jerai Hills Resort, Gunung Jerai puncak Gunung Jerai di ketinggian 986 meter.  Laluan “Tangga Kenari” adalah akses alternatif bagi pendaki merasai pengalaman baru dalam siri pendakian ke puncak Gunung Jerai. Sepanjang pendakian, para pendaki disajikan dengan keindahan alam iaitu flora dan fauna yang terdapat di sepanjang perjalanan menunju ke puncak.  Peserta juga sempat menikmati keindahan air terjun Lubuk Naga yang mana kejernihan airnya masih terjaga dan kesejukkan airnya yang menyegarkan.  Cuaca hujan dan beberapa batang pokok tumbang agak menyukarkan peserta tetapi bantuan dan kepakaran dari jurupandu arah, En. Abd Aziz Jaafar membantu melancarkan perjalanan dan sampai ke destinasi selepas 4 jam pendakian.

Semoga program ini dapat meningkatkan motivasi diri semua anggota dalam memberikan khidmat social dan kemasyarakatan serta memantapkan ketahanan fizikal dan mental supaya berusaha lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan serta kerjasama berpasukan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*