Go Agile: Santai Hike RSDPT (AW) Lolo Campsite

Kita telah terbiasa dengan istilah “Go Agile” dari utara ke selatan tanahair dan 1TM melaungkan  slogan Agile, apakah Agile?  Secara ringkasnya ialah bertindak pantas bijak dan flexibel,  itulah Agile dan sudah pasti konsep Agile ini  telah lama sebati dengan RSD Pakar Telekom (AW) dimana moto RSDPT (AW) ialah “Pantas Pasti”.

Pada 22hb April 2017, bertempat di Hutan Rekreasi Gunung Nuang, seramai  27 anggota RSDPT (AW) yang terdiri dari 3 orang pegawai dan 19 orang lain-lain pangkat serta 6 peserta yang terdiri dari keluarga dan rakan telah menyahut cabaran Go Agile: Santai Hike RSDPT (AW) anjuran 15 skuadron dan Markas dibawah seliaan Lt Khairul Anwar Lukman.

Selain aktiviti santai hujung minggu, antara objektifnya ialah merapatkan ukhuwah serta semangat kerjasama antara anggota di kawasan Lembah Kelang khususnya.  Selain penglibatan anggota RSDPT (AW), aktiviti ini juga disertai oleh keluarga dan sahabat.  Selain itu, Ini merupakan inisiatif pasukan bagi mengekalkan hubungan baik sesama anggota dan barisan pegawai disamping dapat melatih kecerdasan anggota untuk kekal cedas dan sihat sentiasa dari segi fizikal dan mental.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. nike air max schwarz nike air max schwarz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*