Ekspedisi Ke Everest Base Camp

“Go Agile” RSDPT kini menjelajah keluar Malaysia.  Bermula dengan latihan asas mendaki, naik turun tangga, aktiviti riadah serta latihan kem tahunan secara amnya, 2 pranita Rejimen Semboyan Diraja Pakar Telekom (AW) iaitu Mejar Norehan Mohamed Noor dan Kpl Suraya Yaacob telah menyertai Ekspedisi ke Everest Base Camp (EBC) anjuran Kelab Telekom cawangan Kelab Telekom Teknologi Maklumat (KTTM) bersama-sama 7 orang peserta lain.  Selain merupakan anggota RSDPT (AW), mereka berdua juga adalah ahli Tiaranita dan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kelas latihan TM.  Ekspedisi ke EBC ini bermula dari 29hb April sehingga 13hb Mei 2017.

Kumpulan ekspedisi berlepas ke Kathmandu dari KLIA pada 29hb April 2017 jam 1840 dan tiba di Tribhuvan International Airport lebih kurang jam 2100 waktu Nepal.  Ekspedisi bermula keesokkan harinya ke Lukla melalui kapal terbang ringan yang mengambil masa kurang dari 30 minit.  Alhamdulillah, penerbangan selamat mendarat di Lukla Airport  yang dikenali juga dengan nama Tezing Hillary Airport, iaitu salah satu dari 10 landasan paling bahaya di dunia.

EBC terletak di Sagarmatha National Park, Banjaran Himalaya.  Dari Lukla, perjalanan diteruskan ke Phakding dan mengambil masa dalam 3 hingga 4 jam dan keesokkan harinya diteruskan ke Namchee Bazar yang mengambil masa antara 10 jam.  Perjalanan yang jauh seakan tidak terasa penat kerana dihidangkan dengan keindahan alam semulajadi yang saujana mata memandang walaupun kami diduga dengan cuaca hujan dalam perjalanan.

Peserta ekspedisi berehat di Namchee Bazar selama 2 malam untuk penyesuaian ketinggian serta latihan pendakian ke paras 4410 meter.  Perjalanan diteruskan lagi ke Tengboche yang mengambil masa antara 7 ke 8 jam.  Menginap semalam di sini, ekspedisi mereka diteruskan ke Dingboche dengan perjalanan antara 9 jam dengan cabaran hujan salji.  Semua peserta dinasihatkan untuk bergerak perlahan kerana keadaan cuaca dan cabaran ketipisan udara bagi memastikan tahap kesihatan terjaga.

Di Dingboche peserta bermalam selama 2 malam bagi memastikan penyesuaian tahap fikizal dan mental di paras yang lebih tinggi.  Mereka juga menjalani latihan dalam 3 jam pendakian untuk tambahan aras dalam jarak 300 meter untuk memastikan fizikal dapat mencapai keserasian dengan kadar ketinggian iaitu sekitar 4900 meter.

Seterusnya pada hari ke tujuh kumpulan ekspedisi meneruskan perjalanan ke Lobuche dan bermalam sehari sebelum meneruskan ekspedisi keesokan harinya ke Gorak Ship.  Mereka tiba di hentian terakhir di Snow Land Highest Inn, pada ketinggian 5180 meter lebih kurang jam 11 pagi selepas hampir 4 jam perjalanan.  Selepas makan tengahari dan solat, ekspedisi diteruskan ke Everest Base Camp.

Alhamdulillah, walapun terpaksa berjalan dalam hujan salji dan sejuk di paras -6?C dengan ketinggian melebihi 5000 meter selama 3 jam setengah, para peserta telah selamat tiba ke EBC pada 7hb Mei 2017 jam 1515.  Syukur atas anugerah dari Allah yang tidak terduga ini.  Dengan segala cabaran dan dugaan sepanjang 8 hari pendakian kumpulan ekspedisi telah selamat sampai ke Everest Base Camp di ketinggian 5364 meter dengan selamat.

Selain Agile dan Pantas Pasti, 3S iaitu Sihat, Selamat & Segera juga diamalkan sepanjang ekspedisi ini.  Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk anggota RSDPT (AW) khususnya dan semua kakitangan TM amnya untuk sama-sama mencetuskan impian dan cita-cita untuk sampai ke EBC.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada ketua ekspedisi iaitu En. Azmi Ishak yang telah berusaha dan berjaya menganjurkan ekspedisi ini serta sekalung terima kasih kepada semua peserta ekspedisi yang telah bersama-sama mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang ekspedisi serta mewujudkan semangat “Teaming with Passion” yang sangat baik sepanjang ekspedisi ini.  Para peserta telah sama-sama mencapai matlamat dan merealisasikan impian mereka “EXPLORE.DREAM.DISCOVER”. offiziellairmax offiziellairmax

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*