Program Jiwa Murni Anjuran 16 Skuadron RSD Pakar Telekom (AW)

Pasukan 16 Skuadron (SSD), Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (AW) telah menganjurkan program Jiwa Murni pada hari Jumaat, 2hb Februari 2018.  Program ini telah disertai oleh 26 anggota yang mewakili Terup Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan dan diketuai oleh Mejar Mohd Kamal Abu Bakar selaku Pegawai Memerintah 16SSD.

Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al- Insyirah, Sungai Isap. Kuantan, Pahang telah dipilih untuk program Jiwa Murni kali ini.  Aktiviti dijalankan seawal jam 9 pagi dengan membersihkan kawasan sekitar, mengecat dan membaik pulih beberapa peralatan di rumah kebajikan tersebut serta berjaya disiapkan sebelum solat Jumaat.

Pasukan 16SSD turut menyerahkan sumbangan tunai sebanyak RM1055.00 yang telah diterima daripada anggota 16SSD dan pihak RSD Pakar Telekom (AW) kepada Pengurus Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al- Insyirah, Ustaz Hamdan Yusi bin Yusof.

Selain merupakan ibadah fardhu ain dalam membantu dan mengurangkan beban mereka yang memerlukan ia dapat mewujudkan sikap prihatian antara anggota.  Semoga dengan penglibatan anggota di dalam program seperti ini akan dapat memupuk semangat kerjasama dan juga setiakawan antara satu sama lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*