Aktiviti Boling Santai RSD Pakar Telekom (AW) Kawasan Lembah Klang

Pada 24hb Februari 2018, Sabtu, bertempat di Dpulze Cyberjaya, satu aktiviti “Boling Santai” telah diadakan anjuran Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom (Askar Wataniah); RSDPT (AW) kawasan Lembah Kelang yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 (PW2), Azami bin Saperi.  Beliau turut dibantu oleh beberapa anggota lain.

Aktiviti ini telah disertai oleh seramai 16 anggota RSDPT (AW) yang bertugas di sekitar Lembah Klang dan kehadiran serta sokongan dari keluarga turut memeriahkan aktiviti santai ini.  Objektif penganjuran aktiviti ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan jalinan ukhuwah dan semangat berpasukan secara berterusan dikalangan anggota RSDPT (AW) disamping sebagai kesinambungan aktiviti Latihan Kem Tahunan (LKT) serta juga bertujuan mempelbagaikan aktiviti bulanan.

Berikut adalah senarai nama pemenang mengikut kategori pada aktiviti tersebut;

Kategori Jatuhan Pin Terbanyak Individu :

  1. Kpl Hazaruddin
  2. LKpl Syawal
  3. Sig Syazwan
  4. Sig Nur Zaihan
  5. LKpl Shahzuan

Kategori Kumpulan :

  1. Kumpulan WOW (Kpl Hazaruddin, Kpl Abbashiah Hayati, Sig Syazwan, Sig Nur Zaihan)
  2. Kumpulan HOHO (Sjn Fadzil, LKpl Fazmir, LKpl Mior Helmy, Sig Ali Imran)

Kategori Pilihan :  LKpl Radzi

Kategori ‘STRIKE’ terbanyak Individu :  Kpl Hazaruddin

Tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua pemenang.  Semoga penganjuran aktiviti seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai anggota.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*