Pogram Jom Jiwa Murni Dan Mencandat Sotong di Terengganu

Pada 14hb-15hb April 2018, anggota RSD Pakar Telekom (AW) yang berada di Lembah Klang telah menganjurkan aktiviti “Jom Jiwa Murni di Masjid Haji Said Kampung Seberang Marang dan Mencandat Sotong di Marang, Terengganu”.  Program ini adalah kesinambungan aktiviti bulanan anjuran RSDPT (AW)  Lembah Klang dan mendapat sokongan dari skuadron 16SSD dan 17SSD dengan jumlah kekuatan 1 Pegawai dan 25 anggota sukarela RSDPT (AW).

Aktiviti telah dimulakan dengan program “Jiwa Murni” iaitu aktiviti gotong royong di Masjid Haji Said Kampung Seberang Marang. Selain penglibatan anggota RSDPT (AW), aktiviti khidmat sosial dan kemasyarakatan ini turut disertai oleh jawatankuasa surau.  Aktiviti pembersihan dilakukan di dalam dan di sekitar kawasan masjid seperti, memotong pokok-pokok, pembersihan longkang dan kawasan persekitaran surau.

Program ini turut disertai oleh Ketua Skuadron 15SSD iaitu Leftenan Zulkifli bin Mohamad.  Pihak RSD Pakar Telekom (AW) turut menyampaikan sumbangan wang tunai, sejadah dan makanan kering kepada, Ustaz Ahmad Aznan bin Abdullah, Pengerusi Masjid Haji Said Kampung Seberang Marang untuk kegunaan pengunjung masjid.  Aktiviti diakhiri dengan majlis jamuan ringan bersama-sama semua yang terlibat.

Manakala di sebelah petangnya, bertempat di Jeti Marang, Terengganu. aktiviti diteruskan dengan mencandat sotong.  Aktiviti ini telah disertai oleh anggota RSDPT (AW) bermula pada jam 1700, 14hb April hingga jam 0800 15hb April.  Peserta aktiviti ini telah dipecahkan kepada dua pasukan yang menaiki dua buah bot berasingan.  Aktiviti ini juga turut menguji tahap kesabaran di dalam diri peserta disamping dapat berkerjasama di dalam kumpulan masing-masing yang.

Semoga program ini dapat meningkatkan motivasi diri semua anggota dalam memberikan khidmat sosial dan kemasyarakatan serta memantapkan ketahanan mental dan fizikal amnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*