Sejarah RSD

REJIMEN SEMBOYAN DI RAJA PAKAR TELEKOM (AW) telah ditubuhkan pada 1 Apr 1977 bawah kuasa FED (M)/4132/1/77. Pada awal penubuhannya, organisasi rejimen ini dilaksanakan mengikut Kawasan Liputan Tanggungjawab Jabatan Telekom Malaysia pada masa itu. Sebuah skuadron ditubuhkan bagi setiap kawasan untuk kawasan Tengah, Utara, Selatan dan Timur Semenanjung Malaysia.  Penempatan awal bagi rejimen dan skuadron-skuadron serta kawasan tanggungjawab adalah seperti berikut :

  1. Markas Rejimen Di Kem KEMENTAH.
  2. 15 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Bangunan Telekom Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur dan kawasan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur.
  3. 16 Skuadron  Semboyan  Di Raja Pakar Telekom (AW). Di tempatkan di Ibu Pejabat Telekom, Melaka untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  4. 17 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Ibu Pejabat Telekom, Taiping, Perak  untuk kawasan negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
  5. 18 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Pejabat Telekom, Padang Hiliran, Kuala Terengganu untuk kawasan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Susulan daripada Sidang Komander Askar Wataniah 01/96 bersabit dengan cadangan penyusunan semula pasukan,  satu kertas kerja telah dimajukan untuk memindahkan salah sebuah skuadron ke Sabah dan Sarawak. Cadangan tersebut telah diluluskan dan dibenarkan beroperasi mulai bulan Januari tahun 1998. Lanjutan daripada itu 18 Skn Sem Diraja Pakar Telekom (AW) telah dipindahkan ke Kuching, Sarawak bagi memikul tanggungjawab untuk kawasan negeri Sabah dan Sarawak.  Pemindahan skuadron tersebut telah menyebabkan rombakan semula lokasi dan kawasan tanggungjawab skuadron-skuadron di  Semenanjung Malaysia. Rombakan semula lokasi dan kawasan tanggungjawab adalah seperti berikut:
  1. Markas Rejimen. Lokasi masih dikekalkan di Kem KEMENTAH.
  2. 15 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW).  Lokasi dikekalkan manakala kawasan tanggungjawab meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  3. 16 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Kompleks Telekom Semambu, Kuantan dan kawasan tanggungjawab meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
  4. 17 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Kolej Telekom, Taiping, Perak manakala kawasan tanggungjawab meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
  5. 18 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW).  Ditempatkan di Kompleks Telekom, Jalan Were,  Kuching, Sarawak. Kawasan tanggungjawab meliputi negeri Sabah dan Sarawak.

LAWATAN RSD PAKAR TEL(AW) KE DSA 2014

Pada 15hb April 2014, sekumpulan pegawai RSD Pakar Tel(AW) telah menyertai lawatan ke ‘Defense Service Asia’ atau singkatan DSA 2014 bertempat di PWTC lanjutan daripada jemputan yang telah diterima daripada Pegawai Staff 1, Lt Kol Hj Abdul Kadir bin Hj Mohd Ali, Jabatan Arah Semboyan, Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan. Lawatan ini diketuai oleh Pemangku Pegawai Memerintah RSD Pakar Tel(AW) Mej Abdul Razak Abdul Wahab, Naib Presiden NMO, Tuan Hj Badrul Hisham bin Ahmad, Penolong Pengurus Besar GHCM Azlan Ariff Mohd Suah dan Kapten Norehan Mohd Noor. Pegawai daripada Jabatan Arah yang telah mengiringi rombongan RSD Pakar Tel(AW) adalah Kapten Mohd Nizar bin Adenan

Lawatan ini antara lain memberi pendedahan kepada teknologi terkini pertahanan negara2 maju yang menyertai pameran selain syarikat2 tempatan yang menunjukkan kelengkapan teknologi telekomunikasi yang berdaya saing untuk kegunaan sistem pertahanan dan boleh diaplikasi kepada sistem telekomunikasi TM. DSA ini diadakan setiap 2 tahun sekali dan akan dijadikan acara tahunan yang akan dikunjungi oleh warga RSD Pakar Tel(AW) terutamanya dan anggota TM amnya untuk mendapat pendedahan sewajarnya dalam bidang telekomunikasi khususnya dan bidang pertahanan amnya

IMG_0225IMG_0210IMG_0202IMG_0209IMG_0229 (1)