Sejarah RSD

REJIMEN SEMBOYAN DI RAJA PAKAR TELEKOM (AW) telah ditubuhkan pada 1 Apr 1977 bawah kuasa FED (M)/4132/1/77. Pada awal penubuhannya, organisasi rejimen ini dilaksanakan mengikut Kawasan Liputan Tanggungjawab Jabatan Telekom Malaysia pada masa itu. Sebuah skuadron ditubuhkan bagi setiap kawasan untuk kawasan Tengah, Utara, Selatan dan Timur Semenanjung Malaysia.  Penempatan awal bagi rejimen dan skuadron-skuadron serta kawasan tanggungjawab adalah seperti berikut :

  1. Markas Rejimen Di Kem KEMENTAH.
  2. 15 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Bangunan Telekom Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur dan kawasan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur.
  3. 16 Skuadron  Semboyan  Di Raja Pakar Telekom (AW). Di tempatkan di Ibu Pejabat Telekom, Melaka untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  4. 17 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Ibu Pejabat Telekom, Taiping, Perak  untuk kawasan negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
  5. 18 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Pejabat Telekom, Padang Hiliran, Kuala Terengganu untuk kawasan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Susulan daripada Sidang Komander Askar Wataniah 01/96 bersabit dengan cadangan penyusunan semula pasukan,  satu kertas kerja telah dimajukan untuk memindahkan salah sebuah skuadron ke Sabah dan Sarawak. Cadangan tersebut telah diluluskan dan dibenarkan beroperasi mulai bulan Januari tahun 1998. Lanjutan daripada itu 18 Skn Sem Diraja Pakar Telekom (AW) telah dipindahkan ke Kuching, Sarawak bagi memikul tanggungjawab untuk kawasan negeri Sabah dan Sarawak.  Pemindahan skuadron tersebut telah menyebabkan rombakan semula lokasi dan kawasan tanggungjawab skuadron-skuadron di  Semenanjung Malaysia. Rombakan semula lokasi dan kawasan tanggungjawab adalah seperti berikut:
  1. Markas Rejimen. Lokasi masih dikekalkan di Kem KEMENTAH.
  2. 15 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW).  Lokasi dikekalkan manakala kawasan tanggungjawab meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  3. 16 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Kompleks Telekom Semambu, Kuantan dan kawasan tanggungjawab meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
  4. 17 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Kolej Telekom, Taiping, Perak manakala kawasan tanggungjawab meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
  5. 18 Skuadron Semboyan Di Raja Pakar Telekom (AW).  Ditempatkan di Kompleks Telekom, Jalan Were,  Kuching, Sarawak. Kawasan tanggungjawab meliputi negeri Sabah dan Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *